Sabtu, 14 November 2009

Toyota Production System

TPS
Apa itu TPS?
  • TPS adalah singkatan daripada perkataan “Toyota Production System”.

Harapan terhadap Leaders
  1. Boleh mencadangkan kuantiti dan posisi pekerja bawahan
  2. Mampu menganalisa pergerakan kerja dan mengubah Standardized Work (SW).
  3. Mampu fahami situasi dan keadaan yang ada MUDA(Tidak menguntungkan), MURA(Tidak seimbang), MURI(Rumit) dan boleh mengatasi keadaan tersebut.

Kepentingan Pengurangan Kos
1. Matlamat sesebuah syarikat
  • Matlamat sesebuah syarikat adalah untuk mendapatkan keuntungan, berkekalan, meningkatkan taraf hidup dan mewujudkan keharmonian dengan masyarakat . Oleh itu, galakan untuk pengurangan kos amat diperlukan.
2. Kepentingan pengurangan kos
  • Di zaman persaingan yang sengit ini, keuntungan melalui kuantiti penjualan yang banyak semakin sukar. Prinsip asas pengiraan keuntungan tidak lagi sesuai digunakan.
  • Untung= (harga jual-kos) x kuantiti jualan.
3. Mempelopori teknik pengeluaran tersendiri.
  • Kos dipengaruhi oleh bagaimana dan kaedah kerja sesuatu produk dihasilkan. Kaedah kerja tersebut dipanggil teknik pengeluaran.
  • Pengurangan kos dilakukan setelah menjalankan pemeriksaan terhadap sesuatu proses pengeluaran dari pelbagai sudut dengan menghapuskan MUDA secara menyeluruh.

PRINSIP ASAS TOYOTA PRODUCTION SYSTEM

Matlamat TPS.
  • Membekalkan produk yang berkualiti, dengan harga yang murah, pada masa yang ditetapkan dan kepada lebih ramai pelanggan.
  • Ia juga bermatlamat untuk menyumbangkan kepada pembangunan masyarakat yang produktif.
  • Untuk menyempurnakan matlamat ini, kaedah untuk mengeluarkan sesuatu produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan adalah diperlukan.
  • TPS adalah aktiviti syarikat secara menyeluruh untuk mencapai matlamat kita.
  • Oleh itu, TPS mestilah dilakukan melalui proses penghapusan MUDA secara menyeluruh untuk menjana keberkesanan didalam teknik pengeluaran.

Pengurangan kos melalui penghapusan MUDA secara menyeluruh

  • Menghasailkan produk yang boleh dijual di pasaran.
  • (Just-In-Time berasaskan Takt-Time)
  • Pengeluaran produk yang berkualiti.
  • (Promosi Jidoka)
  • Menghasilkan produk pada harga yang berpatutan.
  • (Melalui penghapusan MUDA secara menyeluruh)
  • Membina persekitaran tempat kerja dan pekerja yang fleksibel dan teratur.


Just-In-Time
  • JustIn-Time melambangkan semangat mencipta(creation) yang diasaskan oleh “Kiichiro Toyoda”
  • Jidoka
  • Jidoka merujuk kepada semangat pereka iaitu “Sakichi Toyoda” yang mencipta alat tenunan pertama di Jepun dan pengasas Toyota Group.

1. Just-In-Time
  1. Dengan menghapuskan berbagai jenis MUDA di tempat kerja, akan meningkatkan kecekapan(efficiency).
  2. Just-In-Time bermaksud hanya membuat dan menghantar produk iaitu bila ia diperlukan, apa yang diperlukan, dan berapa kuantiti yang diperlukan.
  3. Adalah penting untuk mengeluarkan produk yang boleh dijual ke pasaran dengan cara yang berkesan tanpa MUDA.
  4. Just-In-Time adalah satu daripada konsep TPS.
  5. Kanban.
  • Kanban adalah sejenis kad yang digunakan sebagai kunci untuk mengawal Just-In-Time.
  • Peranan Kanban
  • Maklumat arahan untuk pengeluaran dan penghantaran
  • Sebagai alat visual control
  • 1. Pemeriksaan terhadap over-production.
  • 2. Untuk mengesan kelajuan proses yang tidak seragam.
  • 3. Sebagai alat untuk melakukan KAIZEN.

Peraturan Intra-Process Kanban.
  • 1. Mengeluarkan barang mengikut jumlah yang diambil oleh proses seterusnya.
  • 2. Jangan hasilkan barang tanpa kanban.
  • 3. Kanban dan barang mesti dihantar bersama-sama.
  • 4. Barang yang rosak tidak boleh dihantar ke proses seterusnya.

Peraturan Part Withdrawal Kanban
1. Keluarkan kanban apabila menggunakan barang yang pertama.
2. Bawa kanban yang telah dikeluarkan dan ambil barang daripada proses sebelumnya.
3. Ganti Part Withdrawal Kanban dengan Intra Process Kanban untuk proses seterusnya.
4. Tidak boleh membawa barang tanpa kanban.

e-Kanban
  • e-Kanban dicipta untuk memendekkan LEAD TIME operasi kanban untuk sesuatu pengeluaran barang yang jauh.



  • Leveled Production (HEIJUNKA)- keperluan untuk Just-In-Time
  • Leveled Production, Heijunka bermaksud pembahagian production yang sama rata didalam jadual operasi pengeluaran yang mempunyai pelbagai model dan kuantiti.
  • Ia merupakan keperluan untuk melaksanakan Just-In-Time dalam TPS.
  • Leveled Production, Heijunka adalah cara yang berkesan untuk menghapuskan MUDA(non-value added), MURA(unevenness), MURI(overburden) didalam operasi pengeluaran yang mempunyai pelbagai jenis proses.
  • MUDA akan berkurangan sekiranya perbezaan model dan kuantiti yang dikeluarkan sedikit. Jika terdapat perbezaan yang besar, keperluan untuk pengeluaran (peralatan, bahan, pekerja) akan bertambah dan peningkatan kos pengeluaran akan berlaku.
Tiga prinsip asas Just-In-Time
1. Pull system (of production)
  • Production schedule hanya dikeluarkan pada proses yang terakhir sahaja.
  • Pull system ialah system pengeluaran yang mana proses seterusnya hanya akan mengambil bila, apa, dan kuantiti yang diperlukan.
  • Prose sebelumnya akan menghasilkan barang mengikut apa yang telah dikeluarkan.
  • Ia dapat mengelakkan pemberhentian pengaliran barang dan kerja. Masalah akan lebih jelas dengan penggunaan kanban.

2. Continuos Flow Processing ( proses aliran yang berterusan)
  • Untuk mengeluarkan produk yang diperlukan, bila dan jumlah yang diperlukan. Ia memerlukan production line yang berjalan lancer tanpa menyimpan stok dan tidak dikeluarkan dalam bentuk lot.
  • Continuos Flow Processing akan memendekkan LEAD TIME dan mengurangkan MUDA(non-value added).


3. Pengeluaran kuantiti yang diperlukan mengikut Takt-Time
  • Production schedule berdasarkan sales schedule, dan perkaitan antara sales schedule dengan jualan sebenar (actual sale) adalah sangat penting.
  • Dalam menentukan Takt-Time, ia hendaklah berdasarkan pada jumlah masa kerja harian dan jumlah pengeluaran harian, bukan bergantung kepada kapasiti mesin.

JIDOKA
  • Jidoka bermaksud kebolehan production line mengesan abnormality seperti peralatan yang tidak berfungsi, masalah kualiti, process delay, dan berkemampuan untuk berhenti secara automatic.
  • Dengan ini, Jidoka mencegah pengeluaran barang yang tidakl berkualiti dan berlaku lagi abnormality.
  • Pemerhatian yang berterusan tidak diperlukan sekiranya peralatan berhenti secara automatic setelah tamat pengeluaran.
  • Oleh itu, Jidoka merupakan satu konsep yang penting untuk melaksanakan TPS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan