Rabu, 9 Mei 2012

PlayStation Vita Di Malaysia Pada 9 Mei 2012




23-04-2012
Kuala Lumpur, Malaysia
Sony Computer Entertainment Hong KOng (SCEH) hari ini mengumumkan PlayStation®Vita (PS Vita) model Wi-Fi akan dilancarkan di Malaysia pada 9 mei 2012 dengan harga RM1,099

PS Vita gabungan revolusi permainan dan sambungan sosial dalam konteks dunia yang sebenar, mengubah setiap aspek kehidupan seharian pengguna akan mengalami sebuah pengalaman hiburan. Merasai pengalaman permainan mudah alih yang tiada tandingannya.

Pengguna PS Vita bukan sahaja boleh menikmati permainan, tetapi juga mempunyai akses yang mudah dan lebih banyak peluang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui perkhidmatan rangkaian sosial dan komunikasi yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. PS Vita juga membolehkan pengguna untuk menikmati gambar yang dikongsi bersama dengan rakan-rakan dan rakan-rakan mereka.

Pelancaran PS Vita adalah sebaris dengan perkakasan dan aksesori yang akan dikeluarkan pada hari yang sama atau sejurus selepas. Ianya termasuklah barangan seperti kad memori, dan "Pek Aksesori", yang terdiri daripada case, screen protector, cleaning cloth, game card case dan tali pergelangan tangan, menawarkan pengguna pelbagai pilihan barangan untuk terus menikmati dimana-mana hiburan dengan PS Vita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan