Jumaat, 11 Mei 2012

Google Play Store Update untuk 3.5.19 Menjadikan ianya lebih cepat?

Google play store untuk peranti Android telah terima update dari versi sebelumnya 3.5.16 kepada 3.5.19. Buat masa sekarang, pengguna internet masih mencari perbezaan dengan versi baru tetapi satu-satunya perkara yang telah berjaya ditemui adalah user interface lebih cepat. Sudah tentu, kemungkinan disebabkan kesan placebo. Dilaporkan, semua menu telah diperiksa, dan kerana tiada apa-apa perubahan di sana, penambahbaikan yang telah dibuat dalam kemaskini terkini boleh menjadi terlalu licik sehingga ia akan mengambil masa keseluruhan komuniti untuk mencari mereka atau ia hanya boleh menjadi pembaikan dan tambahan di bawah hud.

Jika anda masih belum menerima kemaskini peranti anda lagi, anda boleh memuat turun APK di sini yang nampaknya sudah mendapat tanda kelulusan Google. Sudah tentu jika anda memilih untuk berada di pihak selamat dan tidak boleh un-tick kotak ‘install from unknown sources’, anda hanya boleh menunggu push notification rasmi pada peranti anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan